Thursday 20 March 2014

GA Mac 2014 by Emas Putih

apa nak jawab???

       Assalamualaikum. hai dunia, hai bloggers! hai hai semua. sumpah lama giloss tak online dan tak update blog kan. hari nie rasa tergediks untuk kongsi cerita dulu-dulu. pengalaman ku dengan kereta. walaupun bukan aku yang bawak kereta masa tu, tapi aku adalah saksi utama kejadian tu. cewahhh. actually cerita nie dah lama. bertahun tahun da. tapi aku cuba sedaya upaya flashback cerita tu. al maklumlah otak sedang berhubung kan. dalam 4,5 tahun dulu. time muda mudi. sekarang muda jugak tapi umur bertambah ler. hihi.

       Okay, actually rumah aku terletak kat luar bandar. bahagian corok2 sikit la a.k.a pendalaman. haha. tapi takde la teruk camtu. cuma ada beberapa kemudahan yang takde kat tempat aku. okay macam nie ceritanye. ada satu hari tu aku, ayah dengan mak aku keluar nak pegi ambil roadtax dan insurans kete. masa ayah aku pegi renew tu tempoh masa roadtax dan insurans nak expired dah dekat sangat dengan tarikhnya.  ayah aku renew kat agen insurans. jarak dari rumah aku dengan kedai insurans tu agak jauh la. dalam 15kilometer camtu la. ayah aku terlewat untuk ambil roadtax dan insurans tu sebab kami ada a few problem terutama problem duit la. on the way nak pegi ambil roadtax dan insurans tu ada sekatan jalan raya. polis woi polis. sapa tak takut. selamat poliss, kalo JPJ tak ke naya? haha. time tu aku dengan mak aku da cuak. maklumla pompuan, cepat je cemas. ayah aku relax je. well, lelaki, kena maintain macho dan cool. nak dijadikan cite, sume kenderaan yang lalu kat jalan tu kena tahan. termasuk la kereta kami. sampai turn kami, aku dok pandang mak ayah aku, mak pandang ayah, ayah pandang polis.




"assalamualaikum, mintak ic dan lesen encik", kata encik polis kepada ayah aku.
ayah aku tunjuk la ic dengan lesen. pastu polis tu usha roadtax kereta.
"roadtax da expired nie encik"
pastu ayah aku jawab "nie saya baru nak pegi amek roadtax baru nie"

ape tah lagi yang ayah aku borak dengan die, tak lama lepas tu encik polis tu suruh kami jalan.

and we was like, pheeeeeeewwwwww~

tak kena samannnnn! hoyeahhhh. so pengajarannya tolong jangan renew roadtax dan insurans lambat sangat, sampai dah nak expired roadtax dan insurans tu baru nak pegi renew. macam kes aku nie la. tapi aku ada specel reasons yang memang tak boleh nak dielakkan. so bisa dimaafin. hehe. sekarang tak susah lagi. sebab dekat area aku dah ada kedai agen insurans. so takperlu nak susah susah pergi jauh jauh semata mata nak buat pembaruan cukai jalan dan insurans. 

okay sebut pasal roadtax, insurans nie kan. nie nak bagitau sikit pasal satu company memang terkenal la dengan bab bab nie. tak lain dan tak bukan syarikat RichPlan4U.com. haa, selalu dengar tak? mana yang tak familiar dengan syarikat nie jangan risau. aku boleh tolong kenalkan kat korang semua. RichPlan4u.com adalah syarikat yang menawarkan servis pembaharuan insurans kereta dan cukai jalan. yang paling best syarikat nie menawarkan pembaharuan insurans dan cukai jalan secara online dan offline. rasa rasa memang ramai orang yang prefer buat secara online kan. sebab senang, jimat masa, jimat tenaga, jimat duit. haha. yang penting semua jimat. dah la boleh buat secara online, pastu yang bestnye cas penghantaran percuma. yeayy. percuma. tolongla percaya ye. sebab tu la aku menyeru kepada semua orang supaya cuba perkihdmatan RichPlan4U.com nie. memang tak rugi. yang paling havoc pasal company nie ialah mereka menyediakan reward untuk para pelanggannya. contoh reward adalah telefon, wang tunai, percutian, baucer makanan.





perhatian perhatian!!

aku ada berita menarik nak kongsi dengan semua, Richplan4U.com ada buat potongan sehingga 15% untuk insurans dan cukai jalan. tempoh adalah mulai sekarang sehingga 31 Mac nie. cepat cepat, tak lama lagi je offer nie available. 

step-step untuk dapatkan offer menarik nie.
1. layari laman web RichPlan4u.com
2. Baca terma dan syarat untuk membolehkan anda menikmati diskaun menarik nie. boleh     click SINI
3. kalau dah paham semuanya, boleh lah isi borang diskaun, bole click SINI

tempah je dulu, in case kalo korang nak renew insurans dan cukai jalan bulan 7 nanti ke. bole dapatkan diskaun nie. yang penting tempah dulu. tapi kena ingat untuk TAHUN 2014 SAHAJA.